AKADEMI IT
Today is so yesterday...
Saturday, August 7, 2010
Mozilla Firefox 4.0 Beta version 2
Mozilla Organization kembali lagi dengan versi terbaru Firefox 4.0 versi kedua beta. MO (Mozilla Organization) telah membaik pulih beberapa sektor dalam perisian ini antaranya penambahan anti malware, built-in antivirus dan penapis worms dan trojan untuk carian maklumat yang lebih selamat dan lancar. Perisian ini juga lebih pantas dalam carian maklumat berbanding dengan versi yang lama. Gaya persembahan juga baru dan menampakkan sedikit pembaharuan.
Download
Saturday, June 12, 2010
CCleaner version 2.32.1165

Sedar atau tidak, setiap kali anda menekan tetikus komputer, anda install sesuatu, setiap kali anda delete sesuatu, setiap kali anda membuka laman web dan setiap kali anda membuka apa-apa application, anda sebenarnya telah mewujudkan beberapa jenis file yang tidak penting, atau boleh dikatakan tidak diperlukan oleh sistem, contohnya Temporary files, Log file, Registry file dan banyak lagi. Jika anda membuka browser contohnya Firefox, setiap laman web yang anda layari akan mewujudkan beberapa jenis files yang disimpan di dalam internet cache contohnya temporary file, cookies, indexs.dat files dan sebagainya. Semua ini akan dikumpul di dalam sistem cache, dan ia akan semakin bertambah jika komputer anda terus beroperasi. Jika file-file ini tidak dibuang, maka sistem komputer akan terbeban dan boleh mendatangkan masalah-masalah lain kepada komputer.
Selain itu, komputer anda juga terdedah dengan ancaman kerosakan sistem yang mungkin berlaku ekoran gangguan delay file, pemusnahan oleh virus, spyware, dan malware serta kerosakan yang berpunca dari kehilangan file sistem. Oleh itu, Piriform menampilkan CCleaner dengan aturan baik pulih registry untuk membaikpulih isu kerosakan yang berlaku... Pengguna hanya perlu menekan option registry dan tekan Scan for Issues... Selepas selesai imbasan isu kerosakan, tekan butang 'Fix selected issues' dan isu kerosakan akan diselesaikan secara automatik. Walau bagaimanapun, perisian ini hanya mampu memperbaiki kerosakan minor sahaja. Bagi memperbaiki kerosakan yang serius, CD/DVD Operating Sistem diperlukan untuk membuat pembetulan/penyalinan semula sistem asal tanpa menhilangkan file anda (repair option dalam MS-DOS).
DOWNLOAD via friendly site, Filehippo.com
ObjectDock versi 1.9


Stardock telah muncul dengan edisi ObjectDock versi terbaru, versi 1.9. Bagi yang baru mengenali perisian ini, ObjectDock menawarkan variasi pengurusan shortcut pada desktop anda dalam bentuk animasi. Pengguna boleh memilih sendiri shorcut yang diperlukan dan membuangnya semula dengan cara yang mudah, hanya drag icon keluar dari box. Dengan ObjectDock, pengurusan shorcut nampak lebih canggih dan teratur.
DOWNLOAD via friendly site, Filehippo.com (12.05Mb)
RealPlayer SP 1.1.4

Anda boleh 'burn' pelbagai format video dan lagu ke dalam DVD atau CD. Realplayer juga menyediakan direct download video dari internet jika anda register sebagai pengguna real player semasa proses install. Register boleh dibuat berulang kali dan ia adalah percuma. Anda boleh download apa sahaja video di dalam internet terutamanya youtube. Download adalah berkelajuan tinggi dan pengguna software ini diberikan 'top priority' untuk trafik download. Jadi, kelajuan untuk download video adalah di tahap optimum. Walau bagaimanapun, kelajuan internet amat mempengaruhi. Jika anda menggunakan Celcom Broadband 3GX, anda mampu mendapat kelajuan download video sehingga 200 kb/sec. Jika anda mengubah proxy browser anda kepada proxy US, maka anda mampu menikmati instant download, 50 Mb file siap dimuat turun dalam sekelip mata. Amat pantas, tetapi dengan bersyarat, wayar fiber optic diperlukan untuk menampung kelajuan ini.
Kelebihan perisian ini ialah ia dilengkapi dengan pemain pelbagai format terbaru yang kebanyakannya tidak boleh dimainkan dengan Window Media Player terbaru.
DOWNLOAD
Subscribe to:
Posts (Atom)